Sunday, April 25, 2010

Antara Najib dan Anwar, Pilihannya Jelas Sekali


Dalam Mahkamah, kebenaran dicapai melalui kekonsistenan pernyataan dan tabiat saksi serta bahan bukti.  Pembohong sukar sekali konsisten dalam pernyataannya terutama apabila disoalbalas oleh peguam.  Perwatakan seseorang saksi juga menunjukkan kewibawaannya.  Antara Najib dan Anwar, siapa yang boleh dipercayai?   Pilihannya jelas sekali.
1.  Sesuatu yang saya kagumi tentang Anwar ialah ia sentiasa konsisten.
2.  Malah Anwar berani berhadapan dengan kebenaran walaupun sesekali kebenaran tidak berpihak kepadanya.
3.  Perwatakannya juga luhur; dia menggunakan bahasa yang halus dalam percakapannya; bahasa yang halus tidak semestinya tidak berbisa.
4.  Anwar konsisten dalam agendanya - agenda perubahan, sejak dulu lagi.
5.  Dia masuk UMNO pun dengan tujuan 'mengubahnya dari dalam.'
6. Apabila jelas gagal, dia meluncurkan gagasan reformasi; sejak itu, hala tujunya tidak berubah.
7. Benar Anwar mengejar kuasa - untuk menjadikan matlamatnya satu realiti.
8. Anwar kurang mengambil peduli perkara-perkara remeh; dia kelihatan tidak ada masa untuk itu.
9. Yang demikian merupakan kekuatan, sekaligus kelemahan Anwar.
10.Tabiinya memandang remeh perkara yang remeh menjadikannya mangsa kepada agenda musuhnya.
11.Kecuaiannya memilih staf, mudah mempercayai orang, dan  kurang berhati-hati dalam pergerakan hariannya - antara lain - memudahkan musuhnya menyusun langkah membinasakan Anwar.
12.Tetapi Anwar tidak pernah mengeluh tentang kesilapannya; ia terus maju ke hadapan.
13.Jika dia mengkitik musuhnya, isu yang dipilih ialah isu yang sarat substans, seperti isu yang membabitkan nyawa dan kebebasan, rasuah dan kezaliman, atau maruah dan keselamatan negara.
14.Sebaliknya kecacatan Najib dapat dilihat dari berbagai sudut.
15.Cara dia berumahtangga pun - menurut rekodyang jelas - menimbul kontroversi.
16.Dia mendakwa seorang Islam tetapi kerap mempersendakan agamanya.
17.Dia menggunakan kitab suci untuk bersumpah meneyelamatkan dirinya daripada tuduhan (yang sesatutnya dapat ditangkis dengan mudah di Mahm=kamah oleh orang yang tidak bersalah), padahal tidak ada dalam agama amalan yang sedemikian.
18.Dia satu-satunya perdana menteri kita yang merayakan istiadat keagamaan agama lain, bukan setakat menghormatinya dan itu satu amalan yang boleh menjejaskan akidah seseorang.
19.Sebagai seorang PM - yang patutnya sibuk - Najib kelihatan banyak masa untuk isu-su remeh.
20.Menurut rekod, Najib berjumpa Saiful sebelum Saiful membuat pertuduhan terhadap Anwar; dia sendiri mendabik perihal bersembang dengan 2 bekas ahli parlimen PKR di bilik hotelnya di tengah-tengah malam tentang perkara-perkara remeh; dia mendakwa telah 'tahu segala rahsia PKR dan Anwar hingga ke seluar dalam' , meminjam ungkapannya sendiri.
21.Ungkapan yang digunakannya itu sungguh jijik dan tidak layak dituturkan seorang pemimpin negara.
22.Bahkan Najib gagal untuk berlaku konsisten apabila dia (setelah mengatakan 'tahu segala rahsia Anwar' ) masih menggunakan tuduhan lama terhadap Anwar.  Padahal Anwar secara spontan mencabarnya mendedahkan rahsia itu jika Najib benar-benar 'anak jantan'
23.Perangai Najib berkali-kali menyifat Saiful 'jambu' menunjukkan kepada naluri sebenar Najib.  Perkataan berunsur seksual 'jambu' biasanya disasarkan seorang lelaki kepada wanita, bukan kaum lelaki.  Ini menunjukkan Najib mempunyai kecederungan nemuja (adoring) susuk seorang lelaki.  Ringkasnya, ungkapan Najib itu boleh disifatkan memakan tuan (self-incriminating).
24.Sementara itu, Anwar tidak pernah menuturkan ungkapan jelek seperti 'jambu' di khalayak ramai, apatah lagi merujuk kepada seorang lelaki; ini di samping rumahtangganya konsisten dengan Islam.
25.Lantas, tuduhan terhadap Anwar itu kelihatan sangat janggal, terutama apabila datangnya daripada peribadi sepeti Najib.
26.Kesimpulannya, sifat fasik - pelaku dosa besar - ada pada Najib: dia mengaibkan orang lain dengan dosa besar tanpa bukti, malah menambah menggunakan jalan cerita yang sensasi.
27.Antara Najib dan Anwar, pilihannya jelas sekali!

No comments: