Saturday, April 17, 2010

Perumahan untuk Pesara Asing di Nusa Jaya


Baru-baru ini media Singapura menyiarkan berita syarikat pemaju sedang membangunkan sebuah kawasan perumahan untuk pesara asing di Nusajaya.  Jika benar, maka perkembangan itu menerbitkan beberapa implikasi, dan pihak berwajib harus mengambil tindakan sewajarnya.
1.  Menyediakan perumahan untuk pesara asing merupakan satu strategi perniagaan.
2.  Di negara jiran, Singapura, suasana kurang kondusif untuk pesara yang meningkat umur.  Tidak ramai yang mampu keluar dari kehidupan pangsapuri, padahal mereka tidak perlu lagi hidup berdekatan dengan tempat mereka dulu bekerja.
3.  Di Malaysia, dengan kawasan tanah yang masih luas, pesara asing itu mampu memiliki rumah kediaman yang selesa 'di atas tanah'; kos kehidupan yang rendah berbanding Singapura menjadikan pilihan ini amat menarik.
4.  Projek perumahan untuk pesara asing tentunya akan berjaya menarik ramai penghuni baru - penghuni asing.
5.  Tetapi kesan jangka panjang perlu dikaji.
6.  Dengan projek ini, kita sebenarnya membantu Singapura dalam dasar imigresyennya: menjemput tenaga pakar yang produktif untuk membangunkan ekonominya.
7.  Malaysia menjadi saluran untuk Singapura mengalirkan tenaga yang sudah hilang produktivinya, yang kian membebankan negara.
8. Singapura akan terus maju manakala Malaysia akan menanggung bebannya.
9. Bukan untuk merendahkan mereka: hakikatnya warga tua merupakan beban, yang perlu ditanggung oleh negara asal; kos penyenggaraan mereka, khususnya kesihatan, meningkat dengan umur.
10.Malaysia tidak patut dibebankan dengan penyaraan warga asing itu.
11.Pihak yang membawa masuk mereka ini mestilah mengambilkira aspek ini dan merangka langkah yang sewajarnya.
12.Pusat kesihatan atau hospital khas swasta boleh disediakan untuk pesara asing supaya mereka tidak bersaing dengan rakyat di pusat kesihatan awam.

No comments: